Polis Johor sedang melengkapkan kertas siasatan membabitkan ibu bapa melakukan pengabaian terhadap anak mereka yang luka terbakar di Kampung Parit Kuchi di Pontian pada 30 Disember lalu.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata kertas siasatan terbabit akan diserahkan kepada pendakwa raya dalam masa terdekat untuk tindakan lanjut.